Antara soalan-soalan yg biasa ditanya oleh pembeli.

1.Apakah kelebihan produk FCU Miracle?

-Produk FCU Miracle dihasilkan dari gabungan herba-herba semulajadi dan ulam-ulaman yg 100% bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet di mana ianya mampu merawat masalah resdung dan kulit jika digunakan secara berterusan.

2.Adakah produk FCU Miracle sesuai untuk semua jenis kulit,umur dan jantina?

-Ya,semua jenis kulit,peringkat umur dan jantina sesuai menggunakannya kerana ia bebas dari bahan kimia dan bahan pengawet.

3.Berapa lamakah penggunaan produk FCU Miracle akan menampakkan perubahan pada kulit seseorang?

-Penggunaan kali pertama juga sudah boleh merasakan perubahannya dan perubahan yg ketara bergantung kepada penggunaan yang berterusan.

4.Jika saya berhenti menggunakan produk FCU Miracle,adakah kulit saya akan kembali bermasalah?

-Tidak,tetapi jika kulit muka kita tidak dijaga dgn betul,sudah tentu akan mengalami masalah kerana kulit muka terlalu sensitif dan sentiasa terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih.Oleh itu penggunaan secara berterusan dapat memastikan kulit mendapat rawatan yang sepatutnya.

5.Apakah tindak balas selepas menggunakan produk FCU Miracle?

-Jika kulit anda mempunyai masalah resdung yang serius,kemungkinan kulit anda akan terasa pedih atau gatal selepas/semasa membuat rawatan tetapi tidak akan berlaku pada semua jenis kulit.Itu adalah tindak balas yang baik kerana ia adalah proses merawat resdung dan ianya hanyalah tindak balas sementara.Teruskan penggunaan kerana ia akan memberi kesan positif pada kulit anda.

6.Seberapa kerapkah saya boleh menggunakan produk FCU Miracle?

-Bergantung kepada masalah kulit yang dialami.Jika kulit yg bermasalah seperti jerawat,parut dan resdung,perlu membuat rawatan selalu dan yang penting memakai Miracle Mask setiap hari pada bahagian kulit yang bermasalah.

7.Adakah kulit saya akan kering jika memakai Miracle Mask setiap hari?

-Kulit tidak akan menjadi kering kerana herba pilihan yang terkandung dalam Miracle Mask mempunyai pelembab semulajadi.Jika kulit anda jenis kering dan mengelupas,anda tidak digalakkan untuk memakai Miracle Mask tebal di muka setiap hari kecuali pada bahagian kulit yg bermasalah seperti jerawat dan parut sahaja.Kulit yang kering tetapi tidak mempunyai apa-apa masalah kulit,boleh memakai nya nipis setiap hari seperti bedak sejuk.Untuk elakkan kulit menjadi kering, banyakkan minum air masak dan pakai pelembab yang sesuai seperti minyak kelapa dara,minyak zaitun atau pelembab lain yang tiada bahan kimia.

8. Jika kulit saya bermasalah seperti berminyak,berjerawat dan berparut,bagaimanakah cara pemakaian produk FCU Miracle yang betul?

-Jika kulit anda jenis yang berminyak,berparut dan berjerawat,anda digalakkan membuat rawatan resdung sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan,wap muka setiap minggu 2 kali dan memakai Miracle Mask setiap hari.Sebaiknya dipakai setiap malam sebelum tidur dan membersihkannya pada keesokan hari.

9.Berapa lamakah jerawat akan kecut dan parut jerawat akan pudar atau hilang selepas pemakaian Miracle Mask?

-Jerawat akan kecut jika anda cepat memakai Miracle Mask apabila jerawat naik dan memakainya dalam tempoh masa yang lama sebelum dicuci.Contohnya seperti jerawat baru naik waktu pulang dari kerja,waktu malam anda memakainya sehingga keesokan hari,kemungkinan jerawat akan kecut sedikit atau terus tidak kelihatan tetapi ianya bergantung pada jenis jerawat juga.Jika jerawat batu akan mengambil masa sedikit,mungkin dalam 3-4 hari atau seminggu.Jika kulit berparut akibat kesan jerawat,parut akan pudar atau hilang dengan cepat sekiranya anda kerap memakainya di kawasan yang berparut tersebut dengan syarat jerawat tersebut tidak diusik dengan kuku anda.

10.Oleh kerana produk ini boleh mencerahkan kulit,adakah ia akan menipiskan kulit jika dipakai secara berterusan?

-Penggunaan yang berterusan tidak akan menipiskan kulit sebaliknya menghaluskan dan melicinkan kulit.Kesan pencerahan kulit itu adalah secara semulajadi kerana bahan-bahan yang terkandung di dalam produk FCU Miracle adalah 100% dari herba semulajadi dan tiada bahan kimia atau pengawet digunakan.